Sumbanglah Firman Tuhan pada Pentakosta ini
illumiNations ialah pergabungan impak agensi terjemahan Alkitab dan rakan sumber yang bekerjasama untuk membolehkan setiap orang mendapat Firman Tuhan sebelum tahun 2033 dalam bahasa yang digunakannya untuk memikir, bermimpi dan berdoa.
Berilah Firman yang Hidup untuk mengubah nyawa
Pada Hari Pentakosta apabila Roh Kudus datang, para pengikut Yesus berucap dalam pelbagai bahasa ketika mereka berbicara tentang pekerjaan Tuhan dan banyak hidup juga diubah.
Pada Pentakosta tahun ini, marilah kita BERSAMA-SAMA menyumbang satu Perjanjian Baru (7,957 ayat) kepada satu daripada 745 kumpulan bahasa yang belum mempunyai satu pun ayat Firman Tuhan dalam bahasa mereka.
Berilah satu atau lebih ayat (US$35 setiap ayat) dan kita bersama-sama akan dapat menyaksikan keriangan jiwa yang diubah oleh kuasa Firman yang hidup!
|
|